The Barat Tioman – Resort Paling Cool Pilihan Cosmo

The Barat Tioman – Resort Paling Cool Pilihan Cosmo

Perjalanan penuh dramatik mengambil masa 5 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Mersing, Johor. Itupun kerana Cosmo memilih untuk memandu dan memulakan perjalanan lewat malam.


blank

Jalan gelap tanpa cahaya lampu tiang memang menyeramkan sebelum kami tiba di jeti seawal jam enam pagi. Ini semua kerana Cosmo mahu rasai sendiri pengalaman menginap di resort baru di Kampung Juara, Pulau Tioman. Tambahan pula TIOMAN SurFestival 2017 anjuran Tioman Cabana dengan kerjasama Rip Curl Malaysia diadakan berhadapan dengan resort yang Cosmo ‘bakal’ menginap ketika itu – The Barat Tioman.

Perjalanan dari jeti ke Pulau Tioman mengambil masa dua jam menaiki feri. Kemudian Cosmo diberitahu yang resort The Barat agak terpencil jadi kedai runcit atau serbaneka agak jauh ke depan. Terus Cosmo borong segala makanan dan minuma ringan yang harganya sangat murah, di The Zon, kedai bebas cukai berhampiran jeti.

blank

Untuk menuju ke The Barat, kamu harus menaiki pacuan empat roda yang disediakan oleh resort dan paling mengujakan, perjalanan hampir 30 minit itu dikelilingi oleh hutan menghijau dan laluan berbukit yang hanya boleh dinaiki oleh kereta pacuan empat roda.

blank

Setibanya di penginapan tersebut, Cosmo terpukau dengan lautan luas membiru berhadapan dengan lobi The Barat Tioman.

Sesuai untuk kamu yang merancang berbulan madu, The Barat sedikit terpencil namun pantainya adalah tumpuan si peluncur ombak dari penduduk tempatan.

blank

Menurut pemilik penginapan, Dato’ Lee Boon Han, The Barat bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti pantai dan ia masih dalam peringkat menambahbaik kemudahan dan infrasktruktur.

Cosmo sukakan suasana pantainya yang redup dan bersih tanpa sebarang sampah sarap. Markah penuh untuk pengurus resort yang begitu menjaga kebersihan penginapan. Kamu juga boleh melawat Juara Turtle Sanctuary Project yang hanya beberapa langkah bersebelahan resort.

blank

Suasana lobi dan kafe berada di satu aras yang sama dan mampu menampung sehingga 230 tetamu di restoran dalam satu masa.

Bersih dan kemas, ia juga mempunyai aras kedua iaitu Sky Bar dimana kamu boleh menikmati makan malam dengan iringan muzik secara langsung, ditambah dengan angin malam yang mengasyikkan.

blank

Kolam renang dibina berhadapan dengan bilik juga adalah akses yang mudah jika kamu memilih untuk menginap di bilik tingkat bawah.

blank

The Barat Tioman akan dibina dengan tiga peringkat dalam masa lima tahun ini. Fasa pertama telahpun siap Disember lalu dengan 52 buah bilik deluxe dan 4 villa di atas bukit dengan pemandangan laut. Harga promosi terkini untuk chalet bermula serendah RM199.

blank

Antara kemudahan lain termasuk pusat spa, pusat sukan air dan menyelam juga ruang melepak yang cool dan besar.

blank

Ruang dalaman bilik dan chalet dengan balkoni, bar kopi, penghawa dingin, peti simpanan dan peti ais mini. Untuk maklumat lanjut mengenai bilik, perkhidmatan dan promosi, layari barattioman.com.

blank

Jika kamu mahu jimat masa, The Barat Tioman memiliki feri persendirian, “Juara Ekspress” menuju terus ke reosrt daripada jeti terpilih yang boleh ditempah dengan harga lebih berbaloi tetapi mengikut jadual yang ditetapkan oleh resort.

blank